baca96.blogspot.com - Membinakan seorang insan yg soleh jauh lebih sukar dari membina sebuah bangunan yg hebat. Pembinaan bangunan terjamin lancar dan berjaya jika cukup kepakaran dan dananya. Pembinaan manusia belum pasti berjaya dgn kepakaran paling hebat dan kewangan yg melimpah ruah.
Mendidik seorang anak memerlukan perhatian, ketekunan, kesabaran dan kesungguhan yg tinggi. Memang ia sukar dan meletihkan. Kalau tak kerana limpahan naluri kasih sayang yg Allah semai di hati si ibu dan si ayah, mungkin tiada ibu dan bapa yg sedia menjaga dan mendidik anak.
Naluri kasih sayang tentunya menjadi bekal pendorong dlm mendidik anak. Bayangkan jika manusia, terutamanya ibu dan ayah tak ada rasa cinta pd anak-anak. Mereka akan melihat anak-anak seperti mereka melihat kayu dan batu. Bahkan mereka mungkin akan menganggap si anak sebagai beban yg menyusahkan. Tentunya berat untk mereka mendidik, bahkan menjaga mereka. Bersyukurlah kepada Allah yg mengurniakan rasa sayang kepada anak dan sekelian kanak-kanak. Inilah bekal motivasi semulajadi dlm kita mendidik anak-anak.
Di mana letaknya kasih sayang? Tentunya ia soalan yg sukar untk ditanggapi. Payah untk kita mengesan di mana letakkan rasa sayang.
Umum mempercayai ia terletak di hati. Hati di sini bukannya hati fizikal. Bukan jg jantung. Hakikatnya ia adlh satu perasaan halus yg ada di sanubari manusia. Rasa semulajadi yg menyuntik bayu damai dan bahagia. Inilah nikmat Allah yg indah. Allah jadikannya bukan sia-sia. Tujuannya, agar rasa kasih sayang itu digarap sebagai pendorong ibu bapa dlm mendidik dan membesarkan anak.
Kasih sayang mengubah persepsi seorang ibu dan bapa terhadap anak. Daripada satu beban yg menyulitkan, menjadi satu cahaya mata yg membahagiakan. Umpamanya, seorang bapa yg mempunyai ramai anak, kadang-kadang rasa terbeban dgn tanggungjawab yg semakin bertambah dan perbelanjaan yg besar. Ibu pula kadang-kadang terlintas betapa sakitnya mengandung dan melahirkan anak-anak seorang demi seorang. Betapa letihnya menjaga dan melayan kerenah di anak.
Tetapi setelah mendengar tangisan pertama anak yg lahir maka susutlah beban yg terasa. Setelah diamati wajah barisan anak-anak yg sedang nyenak, maka hilanglah keletihannya. Apabila menyaksikan anak-anak bermain riang di taman, maka luputlah kesakitan lampau. Apa lagi jika si anak menjadi seorang yg soleh dan berjaya. Semua senario ni adlh nikmat kasih sayang semulajadi kurniaan Allah kepada kita.
Dalam konteks pendidikan, naluri kasih sayang ni dpt berperanan dlm tiga keadaan iaitu:
Pertama, Allah menjadikan naluri kasih sayang ni agar manusia menjadikan usaha mendidik anak itu satu yg menyeronokkan. Sambil girang menimang anak si bapa boleh menyelitkan acah-acahnya dgn unsur tarbiyah. Sambil leka mendodoinya, si ibu boleh mengalunkan lagu-lagu yg membangkitkan jiwa, iman dan semangat juang. Sambil seronok bergurau senda, bertempuk tampar, si ibu dan ayah boleh melatih mereka erti kerjasama dan mementing diri, erti timbang rasa dan keegoan, erti ketaatan dan keengkaran, erti sopan dan biadap, serta erti dosa dan pahala. Sambil bahagia bersiar-siar dan berkelah, anak-anak boleh diajar soal-soal ketuhanan, tatacara ibadah, keluhuran akhlak dan teknik bermasyarakat. Ringkasnya, segenap aktiviti yg menyeronokkan itu boleh berubah wajahnya menjadi medan tarbiyyah insaniyah.
Kedua, naluri kasih sayang mencipta ketabahan dan kegigihan mendidik buat ibu dan bapa. Kadang-kadang ibu dan bapa terasa letih mendidik anak. Nasihat demi nasihat. Pesanan demi pesanan. Teguran demi teguran. Tapi anak tetap tak endahkan. Di sinilah perlunya ibu bapa mengubah naluri kasih sayang tadi kepada kesabaran dan kegigihan yg tak kunjung henti. Pandanglah air muka anak-anak. Belai mereka ketika berkomunikasi. Luahkan rasa sayang dan harapan. Teruskan usaha tarbiyah itu secara berterusan dgn penuh kesabaran.
Ketiga, fitrah kasih sayang dlm jiwa manusia jg mendorong pengorbanan luar biasa si ibu dan bapa terhadap anak-anak. Pengorbanan yg lahir dari kasih yg ni dpt membina momentum semangat dlm mendidik anak. Bagi si ibu dan bapa, biarlah masa, kudrat empat kerat, wang mencurah-curah, bahkan nyawa dikorbankan, asalkan anak-anak menjadi manusia yg berjaya. Bahkan sejuta keperitan dan penderitaan mampu diharungi dgn tabah semata-mata untk membesarkan dan mendidik anak. Allah s.w.t. tentunya tak akan membiarkan hambanya begitu sahaja. Allah menjamin rahmatnya kepada ibu dan bapa yg mengasihi dan merahmati anak-anaknya.
Imam Al-Bukhari telah meriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a. katanya: Seorang wanita telah datang kepada Sayyidatina Aisyah r.a. Maka Aisyah memberikan kepadanya tiga biji kurma. Kemudian, wanita itu memberikan dua biji kurma kepada dua orang anaknya. Sebiji lagi dipegang untk dirinya. Setelah kedua-dua anak itu selesai makan kurma masing-masing, mereka pun meminta kurma yg masih ada di tangan ibunya. Lalu si ibu membahagikan kurma itu kepada dua, lantas memberikan kepada tiap seorang anaknya sebelah kurma. Apabila datang Rasulullah s.a.w. maka Aisyah menceritakan hal itu kepada Baginda. Lalu Baginda pun bersabda kepada Aisyah: "Kenapa pula adinda hairan dgn apa yg berlaku itu? Sebenarnya Allah telah merahmati si ibu itu sebagaimana dia merahmati anak-anaknya."
Walau bagaimana pun, kasih sayang kepada Allah tak dpt mengatasi kasih sayang kepada anak-anak. Dalam kasih ada ujian. Kadang-kadang ibu bapa diuji dgn dua persimpangan. Antara perintah Allah dan rasa sayang pd anak. Tentunya yg patut dipilih ialah perintah dan redha Allah taala. Pada zahirnya, memilih perintah Allah bermakna 'mengorbankan' anak. Tetapi hakikatnya, itulah kemanisan dan keindahan dlm perasaan kasih kepada si anak. Sejarah pengorbanan Nabi Ibrahim terpahat kukuh sebagai bukti bahawa kadang-kadang naluri kasih sayang itu terpaksa dilupakan demi perintah Allah.
Mungkin kisah Syaikh Hasan Al-Banna, seorang tokoh gerakan Islam abad ni boleh dijadikan contoh. Beliau adlh pemimpin dakwah yg mengorbankan seluruh tenaga, masa dan kudratnya untk perjuangan Islam. Beliau sentiasa menjadikan sambutan Hari-hari Raya / hari kebesaran sebagai peluang untk mendekati golongan muda.
Pada suatu Hari Raya, anaknya Saiful Islam telah ditimpa sakit yg berat sehingga hampir-hampir mati. Isterinya berkata: "Kalau boleh, kanda bersama-samalah keluarga pd hari raya ini. Tambahan pula anak kita sedang sakit" Beliau menjawab: 'Sekiranya Allah bermurah untk menyembuhkan anakku daripada penyakit, maka bagiNya segala pujian dan kesyukuran. Namun, jika Allah mentakdirkan dia meninggalkan kita, maka datuknya telah tahu mana jalan untk ke kubur'. Lalu dia membaca firman Allah dari ayat 24 Surah Al-Taubah yg bermaksud:
"Katakanlah, jika bapa-bapa kamu, anak-anak kamu, saudara-saudara kamu, isteri-isteri kamu, kaum keluarga kamu, harta kekayaan yg kamu perolehi, barang perniagaan yg kamu bimbang kerugiannya, dan tempat tinggal yg kamu sangat sukainya lebih kamu cintai daripada Allah dan Rasulnya serta jihad pd jalanNya, maka tunggulah sehingga Allah memberikan perintahnya sedang Allah tiada memberi petunjuk kepada orang-orang yg jahat"
Tegasnya, naluri kasih sayang itu adlh satu rahmat Allah yg amat berharga. Setitis nikmat kasih sayang ini, memberikan kita selaut manfaat dan kebaikan khususnya dlm usaha mendidik anak. Tapi dlm keindahan asyik kasih sayang kepada anak tersirat ujian kepada ibu dan bapa. Ujian yg perlu dilepasi bagi membuktikan bahawa kasih kepada Allah adlh mengatasi kasih sayang yg lain. Bahkan hakikatnya, kasih kepada anak itu berakar umbi daripada kasih, sayang serta rahmah Allah Azzawajalla.
source : http://wikipedia.org, http://twitter.com
0 Response to "Mendidik Anak Dengan Naluri Kasih Sayang"
Posting Komentar