This site uses cookies from Google to deliver its services, to personalize ads and to analyze traffic. Information about your use of this site is shared with Google. By using this site, you agree to its use of cookies. Learn More

#tangkapnajib: Tindakan Pihak Polis Melampau - Economi

baca96.blogspot.com - #TangkapNajib: Tindakan pihak polis melampau#tangkapnajib: Tindakan Pihak Polis Melampau
DEMI MALAYSIA
KENYATAAN MEDIA 1.8.2015 (SABTU) Kami Gabungan Anak Muda Demi Malaysia dgn sekeras-kerasnya mengecam tindakan pihak polis yg melampau dlm menahan peserta Himpunan ‪#‎TangkapNajib‬. Hak berhimpun dijamin di bawah Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan dan sebarang undang-undang yg bercanggah dgn peruntukkan ni terbatal secara otomatik. Malah, notis 10 hari yg diwar-warkan oleh pihak polis adlh tak sah dari segi undang-undang berikutan kes DPP melawan Nik Nazmi.
Terdapat tiga ulasan hari ini. Yang pertama, tiga daripada wakil Demi Malaysia ditahan semalam bawah Seksyen 124B Kanun Keseksaan, kerana kononnya mengganggugugat sistem demokrasi berparlimen negara. Petang tadi, Mandeep Singh direman selama 4 hari, Syukri Razab direman selama 6 hari, dan Adam Adli direman selama 6 hari. Jika didakwa dan disabit kesalahan, mereka berkemungkinan dipenjarakan selama 20 tahun maksimum.
Kita jg mendapat maklumat daripada peguam Demi Malaysia bahawa Safwan Anang dan Fahmi Zainol turut ditahan, dan berkemungkinan besar akan disiasat di bawah seksyen yg sama seperti Mandeep, Syukri dan Adan Adli. Kedua, Demi Malaysia ingin menegaskan bahawa pihak polis telah memberi jaminan bahawa tak ada penahanan yg akan dibuat sekiranya pihak penganjur bekerjasama dgn pihak polis. Namun, ketiga-tiga wakil daripada gabungan Demi Malaysia yg disebut tadi telah dicekup sebaik sahaja selesai memberikan keterangan di balai polis. Ketiga, pihak polis telah berjanji semalam bahawa peserta berhak dan dibenarkan berkumpul, dgn syarat kami tak berarak. (disertakan keratan akhbar Astro Awani, ulasan KP KL). Tapi sepertimana yg kita lihat petang tadi, lebih daripada 25 peserta telah ditahan secara keras. (disertakan gambar-gambar peserta cedera). Sepatutnya Himpunan #TangkapNajib kali ni dijadikan kayu ukur untk menilai prestasi Timbalan Perdana Menteri baru, yg jg merupakan merangkap Menteri Dalam Negeri yg berkuasa atas pihak polis. Pihak penganjur #TangkapNajib berpendapat bahawa tindakan keras pihak polis ni bertujuan menakut-menakutkan orang ramai. Apa tugas pihak polis sebenarnya? Melindungi rakyat, menangkap pencuri, perompak dan penjenayah-penjenayah lain. Namun, ni bukan yg kita perlihatkan. Rakyat marhaen, mahasiswa dan aktivis ditangkap, manakala yg tertuduh pula bebas. Persoalan yg timbul sekarang adalah, bolehkah masyarakat umum terus menaruh kepercayaan kepada janji pihak polis? Kami ingin menyeru kepada orang ramai supaya tak kehilangan fokus. Himpunan hari ni adlh peringatan kepada orang ramai bahawa isu-isu seperti 1MDB belum selesai. Persoalan adakah RM2.6bilion telah dimasukkan ke dlm akaun peribadi YAB Perdan Menteri Najib Tun Razak belum dijawab. Anak muda Demi Malaysia menegaskan bahawa kami tak akan berhenti untk terus menegakkan keadilan dan menyeru kepada orang ramai untk terus bersama dlm perjuangan ini.
[01/08 17:46] Lau Yi Leong: Senarai peserta yg ditahan Aktivis:
-Fahmi Zainol
-Marwan
-Mohd Ashraff
-Ahmad Nazrin
-Sidiqin Omar
-Merico
-Mohd Afiq Arif
-Mohd Khomaimei Mansor
-Amir Abd Hadi
-Afzainizam bin Abd Rahman
-Valerian Mohan Das A/P Chandran
-Noor Rashid Amirdin Asiah Latif Nashita (14 tahun!)
Warga Emas:
-Nashita Mohd Noor
-Fong Mei Li
-Saw Hock Hin
Pembantu kepada wakil rakyat:
-Azira Aziz
-Jay Jay Denis
-Rozen Azen Rasip
Wakil Rakyat:
-Chang Lih Kang
-Tan Kar Hing
-Er Teck Hwa.

other source : http://kerajaanrakyat.blogspot.com, http://flickr.com, http://dailymotion.com

0 Response to "#tangkapnajib: Tindakan Pihak Polis Melampau - Economi"

Posting Komentar

Contact

Nama

Email *

Pesan *