This site uses cookies from Google to deliver its services, to personalize ads and to analyze traffic. Information about your use of this site is shared with Google. By using this site, you agree to its use of cookies. Learn More

TUN DATUK PATINGGI TUANKU HAJI BUJANG TUANKU OTHMAN

baca96.blogspot.com - Dari URL

EKAS GABENOR SARAWAK MENINGGAL DUNIA -TUANKU TUN DATUK HAJI BUJANG B. TUANKU HAJI OTHMAN-Tarikh Peristiwa pd 28-11-1986

Sarawak telah menyertai Malaysia pd 16 September 1963. Setelah menempuh berbagai rintangan dan perundingan akhirnya pd tarikh tersebut Malaysia telah dilahirkan. Sistem pentadbiran negeri Sarawak di bawah Persekutuan Malaysia adlh sama seperti negeri-negeri lain di Semenanjung, di mana urusan pentadbiran peringkat negeri dijalankan serentak dgn urusan-urusan peringkat persekutuan. Sarawak mempunyai Yang Dipertua Negeri sebagai Ketua Pentadbir di peringkat negeri. Salah seorang Yang Dipertua Negeri Sarawak ialah Tun Datuk Patinggi Tuanku Hj. Bujang b. Tuanku Hj. Othman. Beliau adlh Yang Dipertua Kedua bagi Sarawak semenjak di dlm Malaysia. Jawatan ni disandang oleh beliau mulai dari 2 April 1969 hinggalah pd hari ni 28 November 1986 apabila beliau menghembuskan nafas terakhir di kediamannya Sri Embawang di Petra Jaya, Sarawak. Pada hari ni dlm 1986 rakyat Sarawak kehilangan seorang pemimpin yg berkaliber dan dihormati sebagai Yang Dipertua menggantikan Allahyarham Tun Abang Haji Openg. Allahyarham Tuanku Tun Datuk Hj. Bujang telah dilahirkan di Sibu, Sarawak. Beliau telah memulakan perkhidmatan kepada kerajaan dgn menyertai pasukan polis sebagai Sub-Inspektor Percubaan semasa pemerintahan Inggeris dlm tahun 1927, kemudian dinaikkan pangkat sebagai Inspektor Percubaan pd tahun 1934. Allahyarham bertukar kepada Perkhidmatan Awam Sarawak dan kekal di dlm perkhidmatan tersebut selama 26 tahun. Sepanjang perkhidmatannya Allahyarham Tuanku Tun Datuk Hj. Bujang pernah berkhidmat sebagai Leftenan Muda dlm Renjer Sarawak selama sebulan dlm tahun 1941. Beliau pernah dilantik sebagai majistret kelas keempat pd tahun 1934 dan kemudian sebagai pegawai pentadbir division satu pd 1965. Apabila Sarawak menyertai Malaysia, pd 1963 Allahyarham telah dilantik sebagai Senator Dewan Negara.

Allahyarham telah menerima beberapa pingat dan penghargaan sepanjang hayatnya menjalankan tugas kepada negara. Antaranya Allahyarham dianugerahkan Member of The British Empire (MBE) pd 1967 dan Official of The British Empire (OBE) pd 1962, pd 1970 dianugerahkan pula Seri Maharaja Mangku Negara (SMN) oleh Yang Dipertuan Agong. Pemergian Allahyarham Tuanku Tun Datuk Patinggi Haji Bujang pd hari ni begitu dirasai oleh semua. Allahyarham telah mencurahkan khidmat baktinya dlm memajukan negeri Sarawak di samping sumbangan -sumbangan lain kepada Malaysia keseluruhannya. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya.
http://carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=113569

other source : http://biografisarawak.blogspot.com, http://merdeka.com, http://docstoc.com

0 Response to "TUN DATUK PATINGGI TUANKU HAJI BUJANG TUANKU OTHMAN"

Posting Komentar

Contact

Nama

Email *

Pesan *